31.12.02

ALLOOOOO...

KAT SINI CHENDHAWAN NAK UCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU 2003..

SEMOGA TAHUN BARU INI LEBIH BAIK DARI TAHUN YANG SEBELUMNYA...

SELAMAT TAHUN BARU!!!!!!!!

SEE YA NEXT YEAR!!!!!!!!!!!

AKEMASHITE OMEDETOU GOZAIMASU!!!

30.12.02

31 DISEMBER 2002
just another day to the beginning of a new year....

hari ni aku dah balik ke opis. sumer kengkawan aku dok sibuk tanya pasal interbiu. haikss....mana depa tau ni? aku pon citer la ape yang berlaku, termasuk insiden lempang yang aku dok cakap kemarin.

ari ni buat pertama kalinye aku dibuli oleh mamat sebelah aku ntuk menjadik pengerusi mesyuarat. mampos aku!!! sikit punye gabra beb! walaupun keje aku ni senang aje, tapi aku yang ketar lebih. sampai tersilap2 baca. memula dia suh aku obesom dengan junior aku, tapi aku tak mao. dia gertak...jangan melawan cakap senior. aisey...ni yang tak syiok nih...so aku malas nak buang masa aku ngan budak junior tu...aku pun mengofferkan diri. sukaaaaaaaaaaaaaa itu worang!!! sib baik la mesyuarat berjalan dengan lancarnye...tapi nampakle cam aku ni ZENZEN tak tau pasal ape yang berlaku, sebab bile orang tanya, cecepat aku suh senior aku tolong jawabkan...hihihi!!!!! nampak gayanye ini le meeting terakhir aku sebab lepas ni dah takdek meeting dah.. aku dah kena buang!! WAAAAAAAAAAAAA!!!!!!

ZENZEN - langsung
obesom - macam jan ken pon (jepun) atau rock scissor paper (western) tapi permainan ni ntuk dua orang sahaja.
30 DISEMBER 2002

* INI BUKAN INTERBIU YANG AKU CAKAP MASA 26 DISEMBER TAU. INI AD HOC PUNYE INTERBIU. *

pagi kul 7 40 pagi aku ngan orang tu dah bergerak ke KL. hujan punye la lebat campur lagi ngan angin kuat. aku suh dia bawak keta pelan2. sampai kementerian kesihatan jam dah kol 8 30 pagi. orang yang rekemenkan aku keje tu tepon aku suh konpemkan tempat nak jumpa. cari2 tak jumpa tempat tu. dia suh kitorang pegi bangunan paling akhir yang ade kedai makan kat depan dia. kitorang carik2 tak jumpa gak. bile aku tepon, dia nak marah2. dia tunjukkan lagi tempat yang dia suh jumpa tu. last2 jumpa gak. hek eleh..cakap le kat Jabatan Perancangan bandar dan Desa! orang tu dah merungut. ha ah ek...betul jugak. kitorang kuor dari keta terus masuk ke dalam bangunan...nak amik pas. pakcik sekuriti tu pulak lorat...tak bole la..pas tinggal satu la...mende la...bile si perekemen tu mintak pas baru dia bagi. samdol...orang tu tunggu kat luar. aku naik tangga menuju ke bilik orang yang nak menginterbiu dan dinterbiu aku tu....

ceh....rupanya keje aku ni kontrak aje. dah tu gaji ciputssssss aje. bukan la aku mereject, tapi aku perlu reconsider dulu. so..petang tu aku abiskan masa gi sunway pyramid, tengok soalnya siapa. bes giler.....kelakar nak mampuih. nak tau komen, tengok le sini.

HAPPY BIRTHDAY TO MOHD AZIMUDDIN ABDUL MAJID, my ex school mate of MRSM Kuala Terengganu.
29 DISEMBER 2002
Background Music : Bunyik tepon

siol....
gara2 aku nak dapatkan post sebagai web designer ni, aku kena marah ngan mak ayah aku. ayah aku siap nak lempang aku la pulak. cis$#!#@!#!#!@#!$!!!!!! kepantangan aku kalau ade orang nak lempang aku. sib baik la itu ayah aku. kalau tidakkkk........korang sambung ler sendiri.

citernye cenggini...
interbiu tu kat KL. aku cadang nak duk kat klang, pasal orang tu nak bawak aku gi sana nanti. aku dipanggil interbiu oleh sorang bisnesman untuk diinterbiukan oleh seorang orang yang berpangkat besar di salah sebuah kementerian yang terhebat di mesia. kira kalau takde kementerian ni, penduduk mesia tak sihat sumernye...ya betoll!!! KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA. sapa yang jawab betul tadi..angkat tangan?? oo...nanti aku bagi hadiah. pelempang satu...waaahahahahahah!!! gurau aje....

aiii....enterframe lagi. so dalam parents aku tak bagi pegi tu, aku pon pegi la selepas puas aku membengkakkan mata kat dalam bilik. dalam perjalanan tu dua kali tayar bas meletup. tensen sungguh! harap bas aje lawo!! aku naik bas kol 9 pagi sampai kelang kol 6 petang!! bayangkanle betapa sakitnye badan aku!!! dah le macam gitu, sumer orang yang offer tempat tinggal untuk aku semua2 pakat memblahkan diri. ade kenduri la, meetingla. sepupu aku lak kena balik kampung pasal ayah sedara dia ninggal. dah tu mana lagi aku nak tuju? last2 aku terpaksala buat keputusan tinggal kat hotel. hotel murah je tau.....

petang tu parents aku tanya aku stay kat mana. aku tak mampu nak bohong diorang, so aku cakaple aku stay kat hotel. ape lagi...melenting la mak aku. sebab aku berani sangat sebagai seorang pompuan dok hotel sensorang. pas tu mula la cakap pasal dia nak melangkah gi mekah, tak mau bagi dia tenteram pikiran. aku ni jenis yang rimas dengar orang berleter, jadik ade la unsur2 perdebatan antara aku ngan mak aku. hissss......geram la pulak. lepas tu bapak aku pulak tepon, siap nak lempang aku lagi. aku hangin satu badan, aku melawan la lagi. isk..korang jangan le tiru gaya aku ni....last2 bapak aku suh aku balik umah esoknye lepas interbiu. BENGANGNYEEE!!!!!!! sakit ati aku ni Tuhan aje yang tau. untuk yang kesekian kalinya mata aku bengkak lagi. bayangkan la...untuk dapatkan jawatan ni aku kena menangis sampai sakit kepala! on the dot lepas aku letak tepon, aku terus rangka soklan2 yang aku nak interbiu orang tu nanti.....

26.12.02

27 DISEMBER 2002
Background Music : None

Lagi 4 hari nak masuk 2003

hani, member aku dah dapat keje dah jadik web designer. semalam aku bagitau dia interbiu sebagai graphic designer, kan? sori...aku tersilap. haniman99, tahniah, kong xi ni, congrats, omedetou aku ucapkan. ko terima aje dulu apa yang dia offer. ade hikmah di sebaliknya. hiiiii...cam bagus aje!!!

bes gile borak ngan napang semalam. mentang2 le dia duk kat jepun, macam2 aku tanya dia. semalam borak pasal nasi ngan ikan belut...tetiba air liur aku macam nak terleleh2. isk...lapo le pulak aku nih. time kasih napang ekk...sebab sudi borak ngan aku. terketar2 tangan aku menaip URL website aku untuk bagi dia tengok. aku sebenonya gabra kalau berborak ngan orang2 yang lebih senior dalam geng jurnal ni. aku teringin nak borak ngan kongsi maklumat ngan depa, tapi aku gabra aku 60%..keberanian aku 20%...selebihnya...blur!! hehehehhee.......

25.12.02

26 DISEMBER 2002
Background Music : Lagu apa ntah

ari ni boring. jiwa mati. tengok pc pun terasa macam mata ni nak terjojol keluar.

member aku dah interbiu untuk jadik graphic designer. konpiden dapat. tahniah le......

aku interbiu seplo januari ni. good luck to me....

WAAAAAAAAAA!!! BOSANNYERRRRR!!!!
23 DISEMBER 2002
Background Music : Closing My Closet - Eminem

KONFIUSM

konfiusm 1
aku tepon satu kompeni radio teksi. aku nak pegi angsana dari umah aku. operator tu bagitau nombor ID teksi tu. aku pon tunggu. bile teksi tu dah sampai, aku pun kunci umah dan pagar dan melompat masuk ke dalam teksi.

bile masuk dalam teksi, aku pon cakap ngan drebar tu suh bawak aku gi angsana. dia diam. mengangguk pun tak, bersuara pun tak. bisu dan pekak ke? aku pon malas nak amik kisah, dan teksi tu pun berdesup ke destinasi yang aku nak tuju tu...

bila teksi tu lalu kat satu bus stop depan stesen minyak BP kat jalan keluar dari tempat aku tu, dia perlahankan teksi dia bile dia nampak ade orang tahan teksi dia. dia mintak kebenaran aku suh tumpangkan penumpang berjantina pompuan itu. aku pon kata okey, dan pompuan tu duk depan dengan anaknya duk di seat belakang bersama ngan aku. dan-dan teksi tu berjalan, mulut drebar tu pon pot-pet2 ngan pompuan tu macam bertih goreng. hati aku berkata...mungkin pompuan ni sedara dia agaknya. tapi bila aku dengar perbualan diorang (bukan kepoci...tapi dah satu teksi..), aku rasa pompuan tu takdek kene ngena ngan drebar tu.

kenapa dia bisu ngan aku tapi tetiba kepoh yang teramat sangat dengan pompuan tu?


konfiusm 2
aku panggil lagi syarikat teksi yang sama. kompeni ni senang nak supply teksi kat kawasan aku yang selalu jem nih. kali ni aku nak pegi ke angsana dengan orang tu. operator tu suh aku bagi nombo tepon umah....nanti senang, kalau ade teksi dia bole call aku balik. aku pon bagi la. tunggu punye tunggu operator tu tak call pon. so kitorang pon tunggu la lagi. tengah2 menunggu tu aku terdengar bunyik hon bertalu2 kat depan umah aku. aku ingat jiran aku punye keta. dia ni memang suka main hon2. aku pon buatle tak tau. continue borak ngan orang tu. pas tu selang baper minit aku dengar lagi hon berbunyik. aku nak intai tak nampak pulak...pasal ampaian aku menghalang pemandangan. aku pon berjalan le ke luar pagar. ade satu teksi sudah tunggu sama kitorang. ler...hampeh sungguh operator ni. bukannye reti nak tepon balik. sian drebar ni kena tunggu. dah le waktu tu panas terik.....

kitorang naik teksi tu setelah mengunci pintu umah dan pagar. bagitau kat dia hala tuju kitorang. bila aku tengok muka dia....laa...drebar yang sama dengan yang aku tompang itu ari. reaksi dia pon sama gak, membisu. dia pon blah le nak menuju ke angsana. tapi kali ni aku mintak dia berenti kejap kat BSN sebab aku nak amik duit. aku dengar dia mengomel2 tapi aku tak pedulik, aku terus jamin kat dia yang aku amik duit pakai kad, bukan pakai buku. masa aku amik duit tu, rupa2nya dia sudah baran sama orang tu pasal try nak beramah mesra dengan dia. pas tu dia marah2 aku pasal aku ni membuatkan dia menunggu. hek eleh...APE HAL!!!! kalau dia nak suh aku bayor aku boleh bayor la!!!!!! ini ke kualiti pemandu teksi yang mesra pelanggan????

lepas ni aku tak mau tepon kompeni ni lagi. hampeh betul...memprovide aku ngan drebar baran ni dua kali.


konfiusm 3
kali ni aku terpaksa menelepon kompeni ni sekali lagi pasal sumer kompeni yang aku takleh bagi teksi. operator tu bagitau ID teksi tu dan aku pon tunggu la. aku nak gi jaya jusco taman u sebab nak interbiu keje ngan member aku. tunggu2 tak timbul2 lak teksi ni. aku tepon lagi dan operator tu kata teksi tu on the way. okla aku tunggu. aku pelikla apesal susah sangat orang nak cari umah aku, padahal umah aku tu la sesenang umah yang nak dicari. teksi tu sampai setelah penat mulut aku menyumpah seranah kompeni tu dengan drebar teksi dia sekali (jahat giler mulut aku kan??). aku pon naik dengan muka yang mencuka.

"pegi mana dik?"
aku menoleh. astaga....engkau lagi!!!! takder orang lain ke??????????????????????

"bandar baru uda...dekat jejantas tu.." dia pon bawak aku ke destinasi yang dituju.

" nak gi cari keje ke dik? eh...bukan ke adik ni dah keje ke?" hah? mana pulak dia tau? dan selepas tu bertubi2 ayat keluar dari mulut dia. aku menjawab dengan muka dan perasaan yang pelik. peramah le pulak mamat ni. siap offer sekali nak anto gi jaya jusco terus. boleh tunggu member aku lagi!!! lepas tu boleh bergelak2 sakan ngan kitorang lagi!!!!!

betul ke apa yang aku dengar ni aaa????

24.12.02

22 DISEMBER 2002

whoaa...

ANGAH JUARA BINTANG SENSASI MENARA KUALA LUMPUR 2002!!!

tahniah angah!!!


LOVE GENERATION

ayu nampak memang ayu. dengan baju pengantin warna peach dan tudung litup berwarna kerim, dia nampak berseri2 dengan solekan di mukanya. orang tak pernah pakai mekap, bila sekali kena mekap, memang muka dia lain. tambah2 lagi dia memang semulajadi ayu. jadi makin bertambah2 ayu.

pukul 2 tepat, terdengar kompang berbunyi. dari jauh aku nampak rombongan cik pian ke kampung ayer bemban berjalan perlahan2 mendaki bukit ke rumah ayu. makin dekat makin aku nampak kehenseman pian. heishh.....kalau korang sumer sekolah ngan pian dulu, memang korang dapat tengok perubahan ketara pada pian sekarang. pian taun 2002 adalah transformasi fizikal dan facial dari tahun 1995. hehehehehehhehe......

anyway...tahniah ayu dan pian.

SELAMAT PENGANTIN BARU!
(kekkon omedetou gozaimasu!)

23.12.02

21 DISEMBER 2002
Background Music : None

best giler wan. direct aje dia tanya soklan kat orang tu...

"bile nak kawinnya ni...wan nak tengok korang naik pelamin ni haa...."

orang tu tersipu2 bagai nak gile. aku menten macho padahal dalam ati aku macam nak tergelak pon ade. dalam kalangan sepupu sepapat belah mak aku, aku ni kiranya dah dikatakan boleh sangatle nak kawin. boleh tu mmg le boleh....tapi ongkosnya nggak cukup dong!!! bole ke aku makan pasir lepas kenduri kawin kitorang nanti? dengan keadaan aku yang dah nak kena buang ni...haii....lagi la susah nak merancang....apa2 pun miracle tetap ada. mana tau Tuhan memang nak jadikan sesuatu yang cukup hebat untuk kite selepas dugaan yang akan menimpa kita ni?

heish...memang betul la. dalam dunia ni memang ada keajaiban. sekajap aje lepas tu posmen pon datang bawak surat untuk aku dari Malaysian Paediatric Association. diorang panggil interbiu 10 januari ni. alhamdulillah...peringkat pertama dah lepas...sekarang tunggu peringkat kedua pulak. masa ni mak ayah aku baru 2 hari berlepas ke tanah suci. tolong doakan kejayaan along ye mama, papa....



20 DISEMBER 2002
Background Music : Pinggan mangkuk berlaga2

PRE-KENDURI
sepatutnya aku keje, tapi aku amik coti pasal ari ni kenduri sempena mak ayah aku gi aji. pepagi lagi aku dah bangun, bukannya menolong, tapi dok sibuk meyusun sijil2 ngan menyalin resume2 aku ntuk diposkan kat kompeni2 yang aku dok mohon. yerla..orang dah nak kena buang kan...sedor2 le diri tu sikit....uwaaaaaaaa!! sadisnyaaa!!!! (T-T)

tengah hari tu urusan menghantor permohonan selesai walaupun aku terlupa nak potostet IC aku. takpe ke ah? diorang tak marah ke? tapi bila kengkawan aku ngan * a w a k * aku kata tak ape...aku pon dengan happynya memasukkan segala envelope besar tu ke dalam pst box. memintak la posmen tu jumpa envelope aku yang besar bagak tu. kalau tak jumpa aku suh dia berenti keje jadik posmen. lepaih dah abih urusan seri paduka baginda tu, aku pon belah dengan happynye ke maxis, bayor bil, pegi kedai telekom, bayor bil lagi, pas tu sushi king, tapi kali ni aku bayor bil makanan yang aku makan tu. aku makan tori teriyaki udon ngan kanikama isobe age dengan ramona yang comel lagi montel. ermm..oishikatta desu yo!!! abih jek makan dalam kol 3 30 pm aku pon belah balik ke umah, nak mensetelkan urusan kenduri pulaks...

sampai2 aje aku nampak famili belah mak aku dah sampai...khemah pun dah siap pasang. cian famili aku, bertungkus lumus buat keje. aku? aku pon buat keje gak...keje melantak rambutan yang mak sedara aku bawak dari kampung. manis giler!! tapi aku cuma terdaya makan sebijik sahaja, pasal aku tak minat rambutan...buah2an yang aku paling suka ialah....rambai tembikai, manggis...aaa...pas ni korang2 yang duk baca jurnal aku ni, kalau terasa nak datang ghomah aku, bawakle sekali buah2an yang tertera di atas ye...pasti jasa mung kukenang sepanjang hayat...

lepas makan petang, kitorang pun tunggu nasik beriyani yang bapak aku tempah dari kawan dia tu sampai. bila dah sampai...kitorang pun sibuk la...keluarkan segala perkakas yang ade...mangkuk la, senduk la...ape2 lagi la...lepas aje waktu maghrib, orang dah ramai datang...tu diaaa...kitorang pun pegi la menyalin baju kurung...ceh nampak ayu gitu. aku sungguh gembira melihat mukaku kat cermin, dah tak tembam seperti dulu. ini la ganjaran tak makan tengah hari selama sebulan (perhatian : dilarang meniru gaya ini di rumah).

mana2 pinggan yang kotor kitorang basuh. baru aje nak buka paip mak aku dah memekik..air tak ade...laaa...cemana pulak air boley tak de...rupa2nya diorang dok pakat basuh segala pinggan mangkuk kat paip luar, jadik tekanan rendah le kat paip dapur aku nih. air tak masuk ke sini. ceh...dah pakai lawa2 terpaksa pulak mengangkut air dari bilik air. abih basah baju aku...hishhhh.....bijak sungguh orang2 yang menggunakan paip di luar itu yeee.......

KENDURI IN PROGRESS
lepas isyak, orang2 masjid pon datang buat tahlil ngan doa aselamat. masa tu jugak le sedara aku Yang Berhormat dua beradik tu sampai. heh..ingatkan dah tak sudi dah nak jejak kaki kat umah akak diorang ni...diorang masuk ikut pintu belakang. ijat (adik bongsu aku) bawak. masukla mika2 ni....yang lelakinye duk luar. yang bini masing2 duk kat dapur. ternampakle aku sepupu yang paling kecik si arisya yang aku tak pernah tengok selama ni. umm...comel boley tahan, tapi takde rupa akak ngan abg2 dia....

majlis berlangsung dengan lancarnya. masa aku nak pi amik nasi tambah kat luar, aku ternampak le YB dua orang tu dok bersembang ngan sorang lagi bapak sedara aku kat garaj. tu tak de la lain musti bersembang pasal PAS le tu. BOHSAN!!! aku pon bebuat le baik...hulur tangan nak salam depa...ye la kang kena cop budak jahat le pulak (walaupun aku tak kisah langsung). hampeh...baru aku nak cium tangan YB 1 dia dah tarik tangan dia! siol betul!! tak pepasal YB 2 nampak muka bengang aku yang sengaja dibuat2 lepas tu. aku hulurkan tangan pulak kat YB 2, masa tu dia tengah makan, ditepisnya aje tangan aku. umm...nak marah ke tak mau ek..? alah biarkan aje la...aku malas nak layan orang2 kaya baru nih.....amik nasik tambah lagi bagus.

POST-KENDURI
bes...sumer berjalan dengan baik. kitorang lepak giler lepas menyabung tenaga membasuh segala periuk belanga kuali dulang yang ade. aku gelak gile la tengok YB 1 ni...aku rasa dia ni nak break the ice ngan aku, adik aku ngan sepupu aku yang degil nak mati ni. ade ke patut dia tanya soalan ni...

"eh..korang nak diary tak?"

amendeeeeeeee aaaa....ayat paling terhegeh2 yang pernah aku dengar. aku tau le kompeni dia tu dah berkembang dah...pas tu nak dapat pangkat datuk...at least tego2 la kitorang bebetul sikit. ini...hiss....dia ni dah matang ke blom ah? kitorang yang dengar ni balas aje la sekadar yang boleh. setakat diari...heh..tak yah le. aku pon bukannye nak sangat. mekasih ajela datukkkk.....(hehehehe....jahat gile!!!)

malam tu kitorang tido kul doblas tengah malam. penat gile...tapi seronok..

hmm.....ini baru kenduri nak pegi haji...

esok2...

kenduri nak tunang...?

kenduri nak kawin..?

hah..lagi parah....

18.12.02

19 DISEMBER 2002
Background Music : Jong Bong Jovi

arghhhh...DAIKIRAI!!!

patut tak aku merasa bengang kalau aku mintak barang aku dikembalikan, tapi balasan yang aku dapat ialah muncung sepanjang 14 inci??

patut tak aku merasa sangat marah kalau dia macam tak nak hantar balik barang aku tu kat aku setelah dia meminjam barang tu dari aku?

patut tak???
patut tak???!!!!!

aku geraaaaaaaaaaaaaaaaaaaammmmmm!!!!!!!!!!!!!!! #!@$!$#$#%#!#!@!#!#!#!$@$!!!!!!!!!!!!!!

kalau la barang aku tu tertinggal kat umah dia yang jauh nun di sanaaa....aku mintak dia poskan aje barang tu kat umah aku. kalau dia nak suh aku bayo tambang pos dia tu aku boleh bayo. but she din hav to give me that annoying look!!! aku bukannye suh dia cari balik kat kedai! aku mintak dia pos aje, itu pun susah sangat ke? iskk....dah tu, kesian pulak kawan dia lak yang volunteer nak ganti barang tu. aku tak mo terima pasal menyusahkan kawan dia nanti. aku nak dia pulangkan balik barang aku tu.

aku sayang barang tu. sebab barang tu beslah aku suh dia poskan balik. kalau tak aku dah lama suh dia simpan buat tukun. tapi aku nak balik barang tu....

aku nak VCD WASABI aku!!!!

** sori la...benda ni ditulis ikut emosi aku. buat yang terkena sori ok...but i just cudn't keep it in my heart any longer. **



18 DISEMBER 2002
Background Music : None - Speaker rosak

Ari ni mmg tak de benda sangat nak buat...aku kena buat sikit documentation. the rest of the day aku abiskan dengan mencarik keje.

malam semalam aku jumpa norul, geng aku kat UTM dulu. kitorang jumpa kat KFC JUSCO Taman U, borak2 sampai kol 10 malam. macam2 kitorang borak. kebetulan terserempak pulak junior aku ngan boipren dia, kitorang pun melepakle sesama kat KFC tu. dapat le gak satu lobang keje. kompeni dia nak pakai orang, so dia kasik aku nombo tepon kompeni dia ngan nama orang yang handle mende2 ni sumer. heh...bes tul...nak jumpa norul tapi terjumpa lobang keje lak...bes bes bes.......

okeh abis dah flashback malam tadi.....

hari ni aku ikut opismet aku, alin ngan malin pegi jalan2 cari makan...heheheh...pegi carik keje aaaa ape lagi kan...kitorang meronda ke UTM , amik borang tutor, pas tu gi pulak potostet sijil alin...pas tu pegi plak ke jabatan tenaga rakyat (wisma persekututan) amik borang keje kat sana. niat ati nak amik borang SPA8, tapi kena bayo wang pos pulak...pas tu bile nak beli wang pos 3 inggit kat post opis kat tingkat bawah, dah abis la pulak...tensen errrr!!!! last2 naik atas tingkat 2 balik tapi kali ni gi bahagian pendaftaran kelahiran, alin nak sahkan sijil2 dia tu. kena jumpa puan zulaikha. aku malas nak ikut, so malin ngan alin aje yang pi jumpa pompuan tu, aku lak dok kat luar tunggu diorang.

10 minit....
20 minit............
25 minit...........................................................................

huh...jerih aku nunggu. keje aku kat opis lom siap lagi. aku nengok dari luar puan zulaikha sambil ngecop mulut mengomel, pas tu sain2 pulak. isk..bile nak abis nih. kang ade aku tak balik kang. aku msg alin, aku kata kat dia aku nak balik dulu. dia kata ok. aku pun tepon pak ucu aku suh amik aku kat menara TJB. dia pon kata ok. aku pn berlari keluar. sampai2 kat koridor wisma baru aku teringat baju kilang aku ade kat dalam keta alin ropenye. alahai...manyaknye la rintangan....aku terpaksa mengkenselkan plan aku tadi dan tunggu depa kat bawah. dah le ujan lebat gile. bila kol 4 30 aje aku nengok sumer orang kluar macam wisma tu dah nak runtuh. heh...orang keje gomen ginila stail dia ek. dari jauh aku nampak kelibat alin ngan malin. aku nampak diorang cam tak bawak payung aje. isk..mustia de yang kena basah lencun nih. aku dah agak dah. malin tak mo teduh bawah payung aku. degil sungguh minah itu. kang demam kang sapa yang susah....

aku payungkan alin (drebar kehormat) sampai keta dia, aku amik baju aku ps tu aku kata babai kat depa, pasai depa nak g city square. aku pon tepon balik ucu aku suh amik aku kat menara TJB dan kembalilah alie ke kenwood semola.....
17 DISEMBER 2002
Background Music: Koko Ni Iruze - Morning Musume

alamakkk..salah link ke?????????

apesal ade lagu plak kat sinih? rasa aku, aku buat lagu kat blog lain.....tapi...apesal lagu ni ade kat blog aku plak nih??

..........................

KLEPAP!!! alie menepuk dahinya sendiri...

ler...baru aku teringat. aku dah share ini ompej sama aku punye * a w a k * (ihik!) so dia pun bole akses ngan ubah2 apa yang patut..cis...cemana la aku leh tak teringat ni. aku nyenyaris nak tepon dia, nak marah dia. hehehehhehe...alie mmg tak abis2 baran..cian awak kan.......

lagu nih aku dengar dalam 2nd album siti nurhalipan, tapi lepaih aku selidik2 rupanya penyanyi asal lagu ni celine dion. padanle sedap sangat melodi dia. bukan le aku nak kata pencipta tempatan tak reti buat melodi cenggini, tapi kalau kite dah biasa dengar muzik, kita boley tau lagu tu omputih buat ke idak. pes taim aku dengar lagu ni aku tak paham ape butir minah ni nyanyi. dahle lirik yang dia bagi pon salah. sapa la yang tukang tulih2 lirik dalam album tu? meh sini aku ganti la tempat dia...last2 aku refer kat internet, baru le aku dapat tangkap maksud sebenar lagu ni. memang syahdu abih. nak nangis pun ade gak (alie JIWANG KARAT!!) tapi aku ni kan macho...kena la tahan air mata ni kuor. air mata aku ni mahal woooo....seposen 1/100000 titik! jangan memain....haaaa....

aku online kejap pagi tadi....dapatle jugak borak ngan kengkawan aku yang bekije kat opis. aaa...untuk pengetahuan, aku coti ini ari. aku nak pegi jobstreet career fair kat pan pac. adela sorang ni kan.... dia kata ade meeting pagi tadi, peh tu sapa yang datang ari ni dapat pampasan 2 bulan gaji. heh...aku tau dia dengki samer aku sebab aku boley lepak kat umah tu...wahahahahaha...mana ade 2 bulan gaji....nak bagi sebulan gaji pun tercekik2 dah kompeni aku tu sekarang. kitorang sembang ade la dalam satu jam, peh tu aku pun blah....takut ade orang nak call umah kang line engaged lak abih aku....so aku pun mendisconnectkan internet line dan pasang semula telepon kable kat soket dia tu.


JOBSTREET KE BENDA.....

sungguh hampaih. penat aje aku pegi sana terhegeh2 naik teksi pak ucu aku. aku ingatkan grand dan meriah giler cam orang buat kenduri kawin tu. tapi...alahai....dahle aku baru lepas gi interview. terpoyo2 bawak fail ngan tesis aku ke sana ke mari padahal yang datang sumer sempoi giler. isk..malu pon ade....tapi alie macho kan...hehehe...

aku jenguk satu2 cubiclle...manyak yang offer training course dari job opening. ade satu kompeni tu buat job opening, tapi aku tak qualified lak ntuk keje yang aku nak apply kat situ. so aku pun buat la rondaan lagi. tetiba aku dengar ade orang pangge aku...bile aku toleh kiri aku nampak ade mamat ni tengah tersengih kat aku. memori aku try carik data balik kat database otak aku. tapi sungguh hampaih sebab aku tak berjaya mengecam dia. data2 dia macam tak available. sapa dia ni aaaa?

"kak long nak carik keje kan?"
"ha ah.."
"nak jadik lecturer tak?"
"hmm...okey gak..."
"kak long ade degree ke diploma?"
"degree.."
"degree dalam apa tu?"
"computer science.."
"major?"
"multimedia..."
"hah canteklah tu! kitorang memang tengah carik lecturer ajar multimedia....."

..........ceh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! ceh!!!!!!!!!!!!!! ceh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

aku ingatkan kawan aku!!!!! adeyyyyyyyyyyyyyy......hampeh lagi buat kali ketiga!!! rerupanya bebudak dari cosmopoint tengah buat job opening ntuk lecturer. aku jadik lecturer? tak jahanam ke anak murid aku nanti? aku rasa nak tergelak aje bila amik borang permohonan dari mamat tu, peh tu yang besnya dia kata bole pilih kawasan yang kite suka. yeahhhh....ape lagi..klang le destination aku....yeeeehahh!!!! lepas amik borang tu aku pun blah le dari situ. bile aku naik teksi, aku nengok jam..ler...15 minit aje aku kat situ rupanya. kalau aku tak pegi pun tak per aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.................!!!!!!!!!

17.12.02

THE SONG DEDICATED TO A BELOVED PERSON

THE COLOR OF MY LOVE

I'll paint my mood in shades of blue
Paint my soul to be with you
I'll sketch your lips in shaded tones
Draw your mouth to my own

I'll draw your arms around my waist
Then all doubt I shall erase
I'll paint the rain that softly lands on your wind-blown hair

I'll trace a hand to wipe out your tears
A look to calm your fears
A silhouette of dark and light
While we hold each other oh so tight

I'll paint a sun to warm your heart
Swearing that we'll never part
That's the colour of my love

I'll paint the truth
Show how I feel
Try to make you completely real
I'll use a brush so light and fine
To draw you close and make you mine

I'll paint the truth
Show how I feel
Try to make you completely real
I'll use a brush so light and fine
To draw you close and make you mine

I'll paint a sun to warm your heart
Swearing that we'll never part
That's the colour of my love

I'll draw the years all passing by
So much to learn so much to try

And with this ring our lives will start
Swearing that we'll never part
I offer what you cannot buy
Devoted love until we die

Abeelina 03 _ UOYEVOLI

15.12.02

16 DISEMBER 2002
Background Music : None

IT'S NOT THE END OF THE WORLD....OR HAS IT???

cis...hampeh sungguh. tadi aku dah taip sikit punye banyak. bila aku tekan publish aje, terus ade error. database full. bile aku tekan Back, karangan aku dah ilang. uwaaaaaaaaaaaaaaa.....aku penat le!!!!

aku dah jangka dah hari ni. kompem kompeni aku tengah bankrap. department aku kena tutup. jadi kesimpulan dia, sumer anak2 buah yang keje kat department ni kena buang, atau bes lagi retrench. aku pon kena sekali. kali ni memang dah jadik kenyataan dah. kalau dulu susah sikit aku nak caya rumours2 ni sumer, tapi skang 100% percaya bulat2. dah tak ada keraguan lagi dah.

masa big boss kitorang announce pasal benda ni, muka dia serius giler. tak pernah aku tengok muka dia semasam ni. aku paham, dia pun tak mau keadaan ni berlaku kat department dia. dan dia paham nasib anak2 buah dia lepas ni. dia pon tak mau kitorang sumer tanam anggur lepas dah penat lelah buat keje. tapi ape boley buat. orang atasan dah arahkan benda ni, terpaksala ikut.

pada aku, aku tak ade apa2 rasa pun bile dah dibagitau pasal benda ni. nangis pun tidak, tensen pun tidak. cuma aku pening kepala aje pasal tak cukup tido. mungkin sebab aku ni dipecat pasal kompeni dah bangkrap, bukan pasal tak buat keje ke apa ke. so perasaan tensen tu memang tak wujud dalam diri aku. risau tu memang la ade, tapi kalau asik risau manjang, bukannye boleh dapat balik keje kat sini ye dak? satu lagi aku pegang prinsip aku sendiri : rezeki ada kat mana2. kita sebenarnya dah diatur hidup ini oleh Allah. Allah dah rancangkan rezeki kita. sapa tau, mungkin kite kena pecat sekarang, tapi kita akan dapat keje yang jauh lagi best dari keje yang sebelumnya. cuma kita aje yang tak sedar perkara ni. whoaa.....macam bagus aje bunyi. tapi bile aku pk2 memang betul apa....korang tak rasa gitu ke?

"alaaa....it's not the end of the world..."

cheh.....bunyik cam pakar kaunseling aje....hahah...siap boleh tenangkan fikiran orang lain lagi tu.

so keadaan kat sini sekarang, sana sini aku tengok orang surf internet nak cari keje. jobstreet, jobsdb, hotspotz dengan thestar punye website skang tengah lembab. server diorang sekarang sedang sibuk diakses oleh pekerja2 R&D Kenwood (M) Sdn. Bhd., termasukla aku. apa2pun aku sedang berusaha untuk dapatkan keje yang lebih baik sekarang...tak kirala dalam bidang apa pun, asalkan aku boleh bekerja. semoga Allah memudahkan dan memberkati usaha hamba-Nya ini di samping membuka jalan untuk aku menyelesaikan masalah yang melanda sekarang. amin.

14.12.02

14 DISEMBER 2002
Background Music: Iklan TV TCS 5 (Singapore channel)

huyooooooo...setelah sekian lama aku mengubah2 kaler kat sini, akhirnya berjaya jugak aku menghasilkan gerobokku yang berkalerkan citarasa ku sendiri. ciaaahhh....dah cilok coding owang lain pas tu modify...tetiba lak kata hasil keje tulen. cit podah!! dengan berbekalkan calculator dan paint program, bagai nak juling bijik mata aku mengubah nombor2 dari decimal ke hexadecimal. maklumla..coding pakai pure HTML, kalu ade software tu senang aa sikit. ini sumer sebab nak training punye pasal. maklumla sat2 gi aku dah nak kena tendang le pulak..jadi kena la mengasah balik parang2 tumpul dalam otak aku ni.

pas nih aku nak pk ape pulak dezine yang aku nak tambah ntuk header page aku nih. haiz...poning palo eden dibuat eh...

ari semalam (sabtu) aku keje. nyampah...time owang cuti aku kena keje. dah le tu tak de haf day lak tu. cis cis cis dan cis berganda2 kali. ari ni opis cam library. tak raai owang datang. yang datang pon baper kerat aje. sumer pakat pegi interbiu. aku tau la tujuan bebudak sumer tu. takpe...giliran aku akan sampai pulak ntuk bercoti ari selasa ini...iyahahahahah...sonot sekali ginjalku memikirkan hal ini. gile bes semalam. walaupun boring, sampai mata aku rasa macam nak terkeluar dok edit website aku (owang suh keje dia datang opis edit website pulak!), tapi aku sungguh gumbira sebab bos aku buat2 tak reti aje. mungkin sebab dia paham kondisi sekarang yang tak mungkin dapat menyelamatkan aku dan anak2 buah dia yang lain, ataupun dia nak marah aku tapi dia tak reti nak marah dalam bahasa inggeris yang betul..sebab dia jepun, dan english dia pun hanya jepun2 saja yang tau...muahahhaha....ntahle...

adus...pankreasku berbunyi mintak diisikan makanan kat perut supaya senang perut nak ngantor mesej ke pankreas. tapi sebab diet punye pasal...aku bolayan saje. lantakle ko.

malam tadi aku pegi beraya umah kengkawan bapak aku. aku melawo sakan, macamle aku nak pi beraya umah kengkawan aku. tapi aku bley terlupa nak pakai lipstick. ler...sungguh sepoil. habis punah kejelitaan aku. tapi takpe...aku sungguh macho dan dalam keadaan itu aku perlu maintain supaya tak ketara kesepoilan itu. aku ingatkan dapatle beraya dalam 10 20 umah ke, tapi hampeh cuma 2 buah sahaja...cih...yang lain sumo gulap gulita. tak tau la sama ada diorang keluor berjalan ataupun malu nak jemput kitorang datang beraya pasal bil letrik diorang kena potong. haiz....mungkinkah???

aku dah ngantuk. mata aku cuma nampak bantal dan tilam kat katil adik aku. tapi aku takleh tido kat situ pasal adik aku dah tido situ. kalau aku tido situ kang adik aku nak tido mana ye dak? paling2 koman pun aku kena campak ke bawah...

dakara, koko ni owarimasu. jya....mata.

oyasuminasai...(read: selamat malam)

11.12.02

12 DISEMBER 2002
Background Music: Keyboard dihentak-hentak

pagi ni semangat aku ilang. bes betul, lepas raya aje dapat berita buruk. kompeni aku nak kecikkan jumlah pekerja. dalam ertikata lain, kena buang keje. istilah canggih dia, VSS dan retrenchment. VSS ni sedap sikit dengar...sebab ade pampasan banyak. kalau retrenchment tu diorang kata sebulan gaji aje. jabatan aku la paling banyak kena buang. alasan utama sebab banyak sangat amik pekerja. itu sah2 la batch2 kitorang yang baru2 ni yang nak kena buang. termasukla junior2 yang baru nak bernafas dalam lumpur kompeni nih. senarai nama dah siap dah kat HR. nama aku tak tau la...mungkin termasuk dalam senarai kot...isk...bile ngenangkan sedey gak kalau kena berenti. tapi kalau takat ni aje rezeki aku kat sini, kena la aku redho...huaaaaaa...semoga aku dapat kijo yang lebey baik di masa depan. upss...tersentimental lak emosi aku pepagi nih. mahapla no...kerisauan melanda bahtera hati ini. hah nengok tu...jiwang lagi. satu je soalan : BILE AKU NAK KAWEN KALU CAM NI???!!!!!! waaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!! (alie menangis tersedu2 sambil makan beskut raya).

isk...semalam aku keje rupenye...yang kelakonye aku boley terlupe!!! hiak hiak hiak...tak pepenah sepanjang idup nih aku boley terlupa nak pegi keje! isk isk isk...nak kata semangat raya tak de la pulak...bila aku tunjuk surat coti kat bos aku, dia bley ketawa bile aku cakap aku lupe semalam keje. sumer kengkawan kata aku kronik...muahahah!!! aku pon pelik gak ngan diri aku. banyak sangat makan lemang kot...tu yang lemak dia naik sampai ke otak tuh...

4.12.02

5 DISEMBER 2002
30 RAMADHAN
Background Music: Selamat Hari Raya - Saloma

ALIE INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA KENGKAWAN YANG BERADA DI LUAR SANA.....

MINTAK MAAF KALAU ADA TERKASAR BAHASA, TERSILAP KATA, TERSALAH LAKU....

SEPULUH JARI DISUSUN TANDA KEMAAFAN...

: : M A A F Z A H I R B A T I N : :

3.12.02

4 DISEMBER 2002
29 RAMADHAN
Background Music: None

pagi ni aku tensen sungguh. aku tunggu call dari orang tu tapi orang tu tak call2. line telepon aku ni pon satu hal, biol...masuk je dalam opis aku dah tak de line. satu keje la pulak aku nak menabir kat luar opis tu sementara nak tunggu org tu tepon. tunggu punye tunggu orang tu tak gak tepon2. mana ni...aku dah resah dah. kang kalau aku masuk opis dia nak call tak dapat pulak. kalau aku tunggu kat luar tapi dia tak call lagila buat ati aku membara. last2 aku amik keputusan masuk opis, call orang tu guna tepon opis. sekali sekala membazir reta opis, apa salahnye...lagipun bebudak junior kitorang melampau2 lak guna tepon opis cam tepon tu reta umah diorang aje.

aku tepon, dapat...tapi belum sempat aku nak cakap hello orang tu dah letak. dia ingatkan aku miss call...aku tepon agi. kali ni masuk voicemail. aku pon bergegas capai henset aku yang dah nak nazak pas tu pi luar opis, harap2 dia tepon aaa....hampaih..line pulak tak de. aku tunggu2 line tak datang2 gak. cis....dah le nak terkucil nih!!!! aku pon berlari balik masuk opis balik, telepon dia. still masuk voicemail. aku dah geram tahap maksima campur sakit perut gila babas nih. aku terus dail nombo umah dia, pas tu aku dengar mak dia angkat. abis...musti mak dia marah aku pasal tepon pepagi buta. mak dia pon passkan tepon tu kat orang tu. dan2 aku mengamuk..bla bla bla bla pot pet pot pet...dia pun kata sori...pas tu dah abih....terus baik semula. aku suka orang ni...kalau aku marah dia tak marah aku dan2...bila aku dah cool down baru dia pekena aku balik...heheh padan muka aku. awak...cayang awak...ihik!!!

pagi ni bos suh aku check semula keje yang tak abih dulu2 tu. ih....part ni yang lomah ni. bila aku check2, aku baca balik ayat2 tu, kepala aku makin berpinar. sah le aku mengong tak paham. lagi satu sebab aku takde mood dah nak keje ari ni. minda aku dah ade kat umah tengah pasang langsir. last2 bila bos nengok aku macam terkial2 aje, dia pun tolong la...hehehehe...mekasih bos!!


3 DISEMBER 2002
28 RAMADHAN
Background Music: Barbie Girl - Aqua

aku tergolek ngan tertonggeng ari ni. sakit perut yang teramat sangat. cih...ingatkan boleh la pose penuh 30 ari, kena jugak...perasss giler!!!!!

taim aku nak pi klinik, aku tanya team leader aku, boleh ke tak aku gi. dia kata kena isik borang dulu. so aku pon isik, hantar kat bos aku...pas tu terus melangkah dengan kaki yang kuseret2 pegi ke klinik. rasa macam nak tumbang pun ade. aduiii.....sakit giler!!! sampai jek klinik, aku bagi sorang tu kat nurse, masuk bilik rehat, BEDEBUM!!! terlangkup terus atas katil. sejam lebih aku pengsan kat sana. tengah2 aku syiok tido member aku pulak dok tepon. hishhhh.....takleh nengok aku senang langsung! tapi dia mana la tau aku tgh tertonggeng masa tu....so aku layan la dia dengan suara ala2 serak2 basah....banyak gak le hal kitorang borak...siap gelak2 lagi. kalau la mak nurse tu dengar musti aku kena marah. musti dia kata aku ni nak monteng keje....so aku pun kecikkan la sikit tahap desibel suara aku. abis jek borak ngan kawan aku...aik...dah ok la pulak perut ni? hmmmm.....aku pun bangun dengan semangatnye, keluar dari bilik tu, cakap time kacih kat nurse, terus g bilik air. astaghfirullah...muka serabai betul!! macam org baru bangun tido....tapi mmg aku baru bangun tido ye dak? aku pon dok le menarik2 muka aku dengan harapan muka aku tu jadik macam muka sebelum aku tido...

bile dah ok...aku pon masuk opis...terus team leader aku tanya...aku gi mana tadi. ler mamat nih....tadi dia yang bagi aku g klinik, pas tu lagi mau tanya aku. aku jawab le aku g klinik. then dia tanya aku sakit apa. TEBABO!!! apa aku nak jawab ni aaahh? dalam kelam kabut aku berpk tu mulut aku terus aje menjawab tak sakit apa2. pas tu dengan muka jujur dia, dia terus tanya "MC eh?" warghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....kantoi sudah...aku pun tersengih aje ler....jehenem...hancusssss.....

malam tu aku ngan alin nengok citer new boys the movie. kitorang (aku sebenonye) beli kat angsana masa pegi tuko jubah mama. not bad la citer dia. cuma aku perasss pasal cd 1 tu manyak sangkut. rating aku ntuk bebudak tu dalam 6/10 aaa..pasal cara diorang berlakon tu banyak control encem/macho dari bebetul berlakon. aku respek kat jay pasal dia selamba..natural..kelakar pun iye gak...paling lawak watak si sarah...walaupun dia dengki kat adriana, tapi dalam kedengkian dia tu terselit jugak kelawakannya. next aku nak terai beli vcd demi dengan...dengan apa lagi ek? ntah...

2.12.02

2 DISEMBER 2002
27 RAMADHAN
Background music: Amoi Design Control (DC) bising2

aku kumbali berkije. isk monday blues...sesapa pon mmg tak suka. bagi orang yang pemalas cam aku ni lagi laaa tak suka. kalau boleh tak yah keje terus pun takper. tapi nanti tak dpat duit la pulak...jadi kesimpulannya terpaksala aku bekije...

pagi ni aku mandom. sebab tak de keje. sib baik aku ade diari ni. bley le aku mengupdate sikit, sekaligus membuang masa aku. dalam masa aku mengupdate ni...datangle enterframe2 dari kengkawan aku. ok gakk..ilang le sikit bosan aku. yang bes giler tu, mamat sebelah aku ni, dalam sibuk2 dia tu..bole gak dia tego2...hmm...bagus2...aku sudah tidak konpius lagi.

ari ni tak banyak benda aku bleh citer pasal tak de banyak sangat aktibiti...selain dari mengupdate diary aku. aku dapat kad jemputan dari opismate aku. nak kawen rupanya minah ni dah. gumbira sungguh aku mengenangkannye. aku bile lagi??? sabo la alie, ade rezeki lebey...turn ko pulak.

ari ni buka apa ek? mak aku masak ke beli? ermmm tak sabo rasanye nak balik umah...

sian mamat sebelah aku ni...dengar2 tadi macam kena OT...tak pepasal hangin...isk...takperla..biorla dia ngan labu2nya...aku tetap nak balik naik bas. mana boley balik ngan labu. labu takde roda....

esok sorang demi sorang pakat nak balik kampung....aku mana ade kampung...kat perling je la kampung aku...raya pertama kumpul umah maktok kat majidee, petang tu baru bertolak ke negeri sembilan, jumpa wan aku. bes giler...dapat makan lemang ngan rendang. bes..bes..bes.....
1 DISEMBER 2002
26 RAMADHAN
Background Music: Mesin basuh tengah spin baju.

hari ni hari ahad. aku bangun awal sikit, kul 9 09 pagi. heheheh awal le tu kan....daripada semalam. bangun2 jek aku tengok alin tengah duk celup biskut london almond. uih...rajinnya anak omak...heheheheh....harapkan aku...takyahle. aku ni bab2 teknikal ni mmg payah sket mak aku nak harapkan aku. buat keje sambil lewa aje. adik aku ni teliti sket.

aku pun buat le keje pertama aku....basuh beranda...masa ni aku lum mandi lagi. buat apa nak mandi. kang peluh2 kena mandi lagi sekali. kan membazir namanye tu...membazir bukan ke kawan setan..isk...tak mo aku jadik kawan setan. aku pon bukak pintu umah, tengok beranda aku. termenung aku sat. bukannye apa...barang2 yang nak diangkut tu adoiii.....senak perut aku dibuatnya! tapi alie budak macho...so selow2 aku angkut satu persatu bebarang tu, aku pindahkan kat laman rumput yang luasnya cuma sekangkang rimau (sekangkang kera kecik sangat..padahal laman aku lagi beso daripada tu). dah angkut sumernyer, aku heret pulak hose kat dalam beranda...aku bukak paip...taruk serbuk pencuci, perghh...aku pon berpesta buih kat situ jugak. tak yah sesusah gi KLCC. main kat umah lagi best..tak payah risau kena tangkap. aku pon start menyental. laaa...baru aku perasan beranda aku ni tak rata rupanya...dia rendah sebelah. cih..padanla bila aku sental air dia tu dok bertakung manjang. dengan segala kederat yang ade aku pun tolak le kolam air tu turun....tak sampai 1 minit peluh aku turun cam air hujan...huh...dalam masa setengah jam, peperangan aku berakhir. aku menang...yes...heheheheheheh....

dah siap kat beranda, aku kena cuci garaj pulak. ermm kali ni bukan sekangkang rimau lagi dah...besar mana pun aku tak reti nak ukur. tapi besar la....yang aku tau, lepas aku basuh tu, aku rasa aku slim giler. tulang belakang aku macam nak melentur ke belakang. adey...sakit!! tapi...sedap!!! sementara nak nunggu lantai tu kering, aku bantai tengok citer "aku kaya". sebenonya bapak aku yang tengok citer ni memula, tapi tak samapi pon setengah jam, citer tu tengok bapak aku. bapak aku elok aje terlentok atas kusi tu. boring sangat ke? meh sini aku tengokkan...

ok apa citer ni...boleh la tahan, takde la bodo macam yang alin duk citer tu. sampai part credit aku pon terperanjat pasal lokasi dia banyak amik kat JB. kat kawasan aku....kat angsana...heh...ape punya turr tuu.....

lepas zuhur mak aku dah sibuk ajak kitorang gi shopping kat angsana. aku tepon pokcu aku, dengan teksi auto kepunyaan koperasi dia, dia pun bawak kitorang berdesup ke angsana. sampai kat sana orang punye la ramai.....tambah2 lak ade ramli sarip ngan yasin pulak kol 4 petang...meriah giler! woii....bes...bes...bes tahap post maksimum!!

pas tu kitorang pun mula la meround satu angsana cari baju raya. aku setat pasang mata kot2 terjumpa mana2 baju yang berkenan di hati. actually tujuan kitorang nak cari jubah mak aku aje. so dalam round punye round, mata aku tersangkut kat satu baju kebaya dubai kaler purple ni. lawa giler....harga dia pun boley tahan..99.90sen...aku tanya alin, dia kata lawa...mak aku pulak tak mo...dia kata kain dubai aje tu...tapi mata aku 1000% cakap baju tu lawa....so keputusan dia muktamad, tak ada talian hayat ataupun rakan telepon...aku beli gak baju tu. uih..lawo giler laaaa....malam ni aku nak tido ngan baju tu..ekekekekeke..

pas tu kitorang concentrate kat baju mak aku pulak...dia nak beli jubah...so alin suggestkan kedai lecturer dia. haa ape lagi...mak aku pulun le kat situ. lecturer tu pulak jenis yang melaram giler, so abis tudung2 dia kumbah nak bagi matching ngan jubah yang mak aku nak beli. hmmm...melawo sakan mak aku taun ni, duit pulak ayah aku yang bagi. mak aku tu kalau boleh nak cari yang murah2 aje...kitorang marah dia, suh beli yang elok2 sikit...bior mak kitorang bergaya taim2 raya nanti. nanti boleh la bawak jubah tu gi aji esok. pilih punye pilih last2 dapat le dua jubah dua tudung mahal dengan rega 295 inggit sumer sekali. hah...ok la tu. kalau kat butik takdenye boleh dapat 4 barang rega macam gitu. pas tu kitorang punberjalan carik kasut. aku plak dah berhajat nak belikan ayah aku baju. so aku ajakle mak aku ngan alin masuk kedai bonia. kat angsana ni takde kedai bes selain bonia. so kitorang pun masuk kedai tu.

dalam kedai tu pun ramai gak org. masa aku cari baju ayah aku mak ngan alin sibuk try kasut. last2 diorang beli kasut kat situ jugak...sumer pakat beli kasut warna kerim. ok gak tu...matching ngan sumer baju. kalau warna itam macam nak gi keje gomen la pulak....hehehehe....dalam 30 jam duk situ, dah pilih ngan bayar baju ayah aku, diorang pun dah bayar kasut diorang, kitorang pun blahhhh balik umah.....naik teksi pokcu kitorang......

1.12.02

25 RAMADHAN
Background music: Lion Heart - SMAP

macam biasa, lepas sahur aje aku tido. kali ni aku bangun kol 9 30 pagi. uih....awalnye!!!! kelam kabut aku angkut kain baju yang bersepah kat dalam bakul pas tu bawak ke washing machine. hisss...camne la aku boley bangun lambat nih...dahle ari ni haf day...kang kalau mak bapak aku balik kang tgk umah bersepah ade gak yang kena mbebel ngan diorang...eiii rimas...

dalam pada aku dok kelam kabut tu sempat gakle tangan aku mencapai cd kesayangan aku. aku on je mini hi-fi bapak aku kat ruamg tamu tu, berkumandangle lagu kegemaran aku...

"kimi wa itsumo boku no kusuribako sa...
donna fuu ni boku wo iyashite kureru...
warau soba kara hora sono egao
naitara yappari ne namida surunda ne.."


ummm....rangkap nih rangkap kegemaran aku..pasal yang menyanyikannye pung pelakon n penyanyi kegemaran aku..Takuya Kimura...uhh...sebut je nama dia mula la aku berangan....mamat ni makin tua makin ensem...isk...sejak aku kenal dia dalam citer "long vacation"...aku terus tersangkut kat dia...aku tak minat mamat ni memulanya...aku suka Yutaka Takenouchi lagi...tapi ntah cemana dalam citer long vacation tu yutaka tak encem yang teramat...so aku dah tak minat ngan dia lagi...terus beralih ke sorang mamat yang pakai spek itam bingkai tebal tu....yang nama dia takuya kimura tu. actually banyak benda yang aku buley citer pasal dia kat sini, tapi kalau aku tulis kang panjang berjela pulak...nanti aa aku buat satu page khas untuk pelakon n penyanyi kesayanganku ini...

kimura kun...watashi wa anata ni suki desu!!! anata wa atashi no ichiban daisuki na hito desu!! eish...cakap jepun ler pulak.....

ok..sambung citer pagi sabtu tadi...isk aku nih kalau tak enter frame mmg tak sah!

tengah2 aku membasuh kain tu aku lap pulak tingkap. nak harapkan adik laki aku tu...hmm...kalau aku kejut mau lagi kuat dia berdengkur ade ler...daripada aku penat aku dok menggoyang2 badan dia, baik aku buat keje sendiri. dah siap aku gak pueh hati.

dah setel tu aku terus buat resepi seterusnye....kuih suji. sebenonye adik aku yang tengah tu kena buat kuih ni, tapi cemana ntah aku lak yang kena buat. malas...kata dia. hampas padi betul...takpe la kasik can kat dia...sok2 bile aku dah tut2 (kaf alif wau ya nun), dia la yang kena pulun buat kuih sumer...hahahahahah...masa tu aku la org pertama yang jadik tukang gelak dalam dunia ni. hambik engkau, alin. aku bagi dua resepi kuih suji tu...satu aku buh kismis, satu lagi aku buh pewarna. bosan pulak bile tengok kuih2 aku sumernye warna kuning ngan cekelat. tak ceria langsung. aku capai pewarna merah, aku buh dalam adunan tu...memula aku ingat nak buat dia jadik macam warna guli...alaaa....yang ade belang2 putih ngan merah tu. tapi tah cemana lak tangan aku boleh jadik tak kretip plak pagi tu...terus jadik warna pink!! alamak...cemana ni ek? ermm lantakle ko labu...warna pink pun pink la...janji berkaler. oh ya....masa aku buat kuih ni aku dah pun mandi.....mana bley tak mandi..kang kena keracunan makanan kang sapa lak nak menjawab ye dak....

dah siap, aku pon bakar le....uih...bes la bau dia...alie kalau buat kuih memang bes sumer!!! hiak hiak hiak....korang kalau ada yang nak muntah dipersilakan le. bila adik aku balik dia suka tgk kuih suji dia ader kaler. pas tu membebel pulak bila kuih suji dia ade kismis. isk budak ni, aku penampau kang. dah le suh aku buat...manyak plak cito eh....aku sempat bakar kuih suji yang ade kismis aje pasal mak aku nak masak pulak...oklah, kasik can. kang kalau aku tak kasik dia masak lak kitorang nak makan ape lak buka pose kang ye dak? aku pon dok letak ceri kat atas suji pink tu. sakit tulang belakang aku dek berdiri lama sangat, nak bubuh ceri punye pasal. adeyy.....ade kusi tak mo duduk. pandai sungguh ko alie...

sementara tu aku lipat stok berkanun baju kat dalam bilik. adik aku plak sibuk tayang baju baru dia kat aku. kain vietnam kaler pink. pink lagi. ceh....lawa mmg le lawa..aku jek saja jeles sebab tak dapat beli baju. takper...esok2 aku beli gak...heheheheh

time buka datang lagi....ari ni aku control sikit, so aku makan kurma dulu pas tu makan nasi dan baru la minum ayer. dah siap sendawa tiga empat kali aku pun capai le kuih suji warna pink dengan kuih suji kismis. adik aku terperanjat tgk kuih suji dia kaler pink.

"la..ko buat kaler pink, long?"
"ha ah...abih tu ko nak kaler apa?"
"aku nak plain.."

eeeeeeee.....aku karate kang saje je la budak ni. memula cakap suka, pas tu tak suka pulak. katun betul...dah tu dia puji2 pulak suji kismis tu sedap, lembut tapi yang kaler pink tu keras. lantak...aku dah buat...tapi pada aku dedua not bad...pasal aku suka jugak kuih suji ni....

24 RAMADHAN
Background Music : Bunyi Mesin Basuh

Diari ari Jumaat...
Tapi aku taip ari Senin....
Takper, sumer benda ada dalam otak aku...

sepatutnya ari ni aku keje, tapi aku monteng pasal nak buat kuih raya. lagipun aku macam dah takde keje nak buat kat opis tu. so, daripada aku berlakon sepanjang masa, baikla aku bersilat ngan tepung gandum kat umah....lagi bes...dapat buat kuih raya. masa aku mintak sain dari bos aku, dia suh aku inform ngan team leader aku, kalau team leader aku approve, dapek le aku cuti. ooo...cenggitu la pulak...sebelum ni aku tatau pun kena mintak approve ngan team leader aku dulu. ku jeling mamat sebelah aku dengan jelingan yang mempersonakan...cewahhh....aku mengatur langkah menuju ke tempat duduknya, peh tu aku tunjukkan leave application aku. pehh...mmg beslah dia tu.....dia approve cuti aku..muah...cayunk dia...chup! chup! muahahaha!!! maka hari khamis itu berlangsung dengan gumbiranya.......

okey...sambung citer ari Jemaat lak. lepas sahur aku bantai tido sampai kul lapan stengah. bangun2 tengok2 mak aku tengah duk menekan bekas samprit. oppss...bukan nak buat kuih samprit yer....tapi nak buat kuih tart roll. dengan mata yang terpisat2 dan kepala yang ala2 senoneng tu aku terus duduk depan mak aku....

aku tanya, " mama nak buat banyak2 ni ntuk sapa ma?"
mak aku jawab, " ada la untuk auntie yang duk kat flat bawah tu.."
aku tanya, " auntie maizatul ke?"
mak aku jawab, "ha ah..."

pas tu aku diam. makcik tu kalau tetiap taun tak order kuih ngan mak aku mmg le tak sah. anak dia tak mo makan tart orang lain, mesti nak makan tart mak aku jugak. tapi tu mak aku kata la....hehehhe.....tapi aku mmg tak nafikan mmg tart mak aku sedap giler....kulit dia pun nipis aje....rangup menyelerakan...bukan cam kuih tart roll kat kedai2 tu, tebal...tapi inti dia sikit aje. aku gerenti kalau mak aku jual kat kedai2 sure laku punyer....cheeeeeeeeeehhhhh..promosi giler....

lepas tu aku mandi2...tolong mak aku sapu kuning telur kat tart roll tu...aku pun start kumbah buku2 resepi sebab nak cari kuih apa yang aku nak buat taun nih....belek punye belek last2 aku jumpa buku resepi chef ismail dari cornflakes 2 kotak yang mak aku beli kat kedai maslee aritu...biskut ria...aku tengok bahan2 dia...macam sempoi jek...mesti tak sedap...kekeke....tapi aku ternampak perkataan "lelemak sayuran" dalam resepi tu...waaaa....ini sudah bagus...aku mmg suka kuih2 yang pakai lelemak sayuran ni. walau tak bes mana pun bahan2 dia tapi kalau dah pakai lelemak sayuran tu rasa dia..ummph...macam biskut famous amos!!! hihihi...lepas sukat2 bahan2 kuih tu, aku terpandang lagi cekelat cip satu tupperware penuh dalam peti ais...peh...timbul sudah idea merapik aku....aku hambik tupperware tu, aku tuang suku cekelat cip masuk dalam adunan biskut ria aku. hehehhe...ade gak unsur2 cekelat dalam tu...

tengah hari tu pegi ikut mak aku gi shopping barang2 kuih kat perling mall.. cam2 gakla yang aku beli. balik umah aku teringat
resepi biskut $250 chocolate chip yang aku amik dari internet. kalau korang jenis yang selalu dapat forwarded email dari kengkawan korang musti ader dapat resepi nih punye aar. aku pon amik resepi tu dari beg aku. bila aku belek2 bahan2 nak buat kuih ni aku gumbira sebab sumer bahan2 ada kat dapur tu. aku pun ape lagi, bersepah le dapur tu aku kejekan...last2 bila aku nak sukat oatmeal, tengok2 alamak....tak cukup la pulak...terpaksa aku menghayun kaki dengan malasnya ke kedai runcit yang tak baper bes tu. dah le tak baper bes, kena berjalan kaki 5 minit lak tu! tu laa...mak suh belajo mandu ko takmo, alie...ha skang padan muka, muahahahah!!!

bila dah sampai kat kedai tu aku pun mintak le quaker oat....ade ke patut dibaginya aku yang dah expired...dah le cam tu, tin bapak besar lak tu yang dia bagi. isk...ringan jek tapak tangan ni nak aku lekapkan kat tangan dia...tapi ngenangkan mamat tu dah tua, kensel aje laaa....pas tu aku pun balik umah...

dah sukat oatmeal tu, satu hal lak lagi, kena sagat cekelat cadbury la pulak...dengan segala kederat yang ada aku pun menyagat cekelat tersebut. tengah2 elok menyagat tu, tetiba aku terasa tangan aku ada benda cair bair...elemek....cekelat ni cair la pulak!! terpaksa la aku pecah2 kan cekelat tu, seketul aku amik, yang lain aku kena masukkan dalam freezer. lama gila...aku sediakan bahan2 cekelat chip ni aje dah makan masa dua jam! haaa....bayangkan la....tak penah seumo idup aku buat kuih seleceh ini!! kalau tak sedap tak tau la aku.

bila dah abis buat biskut tu, aku pun bakar. peh...bau sedap mak oii..jangan citer laa..kembang kempis idung aku yang mancung ni membaunya. bakal aje aku pose..kalau tidak.....aku tak pose la...kekekekek....untuk merasai biskut ni aku kena bersabar dalam masa 1.5 jam...heiii.....

" bismillaahirrahmaanirrahiim...."
"allahumma lakasumtu, wabikaa amantu, wa'alaa rizqiqaa afthartu, birahmatikayaa arhamarraahimiin..."

yes...akhirnya...saat2 yang dinanti pun sampai....patutnye aku makan kurma dulu, tapi tangan aku entah camne ntah boleh tercapai biskut leceh yang aku buat petang tadi. nakal sungguh engkau ye alie! aku gigit...mmm...sodaaap...tapi...KERAS!!! mak aku gelak aje...aku tanya mak aku tang mana yang aku silap...

"tu laaa...mama pesan suh taruk kuning telur aje...degil...campur gak ngan putih telur.." laa...awat tak habaq awai2??? actually
mak aku dah pesan dah, aku jek yang degil berantai. tapi takpe aaa....tak cuba tak tau ye dak? no pain no gain...hihiii!! petua nak biskut lembut dan tak keras cam batu, pakai kuning telur aje..jangan pakai putih telur.